Pencalonan Penerima Anugerah Hadiah Buku Inovasi MTDC 2025
Sukacita dimaklumkan bahawa proses pencalonan Anugerah Hadiah Buku Inovasi MTDC 2025 telah dibuka pada 30 Jun 2025 sehingga 4 Ogos 2025.
Pelajar pascasiswazah Doktor Falsafah dalam penyelidikan Sains Sosial dan Sains Teknologi yang akan bergraduat pada November 2025 dan memenuhi kriteria permohonan adalah dijemput untuk membuat permohonan.
Fakulti/Institut dengan ini dijemput untuk memaklumkan hebahan pembukaan ini kepada semua kakitangan akademik dan seterusnya kepada para pelajar pascasiswazah yang layak.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada awardsandscholarship@ukm.edu.my dengan menamakan tajuk emel “Pertanyaan Mengenai Hadiah Buku Inovasi MTDC 2025”.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi: awardsandscholarship@ukm.edu.my Urus Setia Anugerah Hadiah Buku Inovasi MTDC Pejabat Pengarah Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) Lingkungan 1, Aras 3, Bangunan Tun Fatimah Hashim Universiti Kebangsaan Malaysia