Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuka tawaran permohonan Skim Zamalah Penyelidikan (Bantuan Yuran Pengajian Sahaja) untuk Semester 2 2025/2026 kepada pelajar Pascasiswazah (mod penyelidikan) peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang mendaftar secara sepenuh masa. Tawaran permohonan ini mula dibuka pada 8 April 2026 sehingga 22 April 2026.
Bersama-sama ini disampaikan beberapa dokumen untuk makluman dan rujukan seperti berikut:
Garis Panduan Skim Zamalah Penyelidikan – Lampiran A
Jadual Kerja Skim Zamalah Penyelidikan – Lampiran B
Borang yang telah lengkap diisi dan telah mendapat pengesahan Penyelia perlu dihantar sebelum atau pada 22 April 2026 sebelum pukul 5.00 petang melalui google formhttps://bit.ly/ZMLHSEM2_20252026.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di alamat emel awardsandscholarship@ukm.edu.my dengan menamakan tajuk emel “Pertanyaan mengenai Skim Zamalah Penyelidikan”.