Warga ALAF-UKM sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Dr. Shamsul Khamis, Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, ALAF-UKM, atas kejayaan menerima Honour Award bagi Research Category – Landscape Research Award sempena Malaysia Landscape Architecture Awards (MLAA) 2026 .
Anugerah berprestij ini telah diberikan melalui pengiktirafan terhadap penyelidikan dan penerbitan buku bertajuk: “Malaysia’s Native Species Selection for Street Tree Planting”.
Penyelidikan ini dijalankan dengan kerjasama pihak industri dan universiti tempatan dalam bidang landskap, hortikultur dan botani. Kajian ini memberi penekanan kepada pemilihan spesies tumbuhan asli Malaysia yang paling sesuai untuk penanaman pokok di kawasan bandar dan jalan raya. Pendekatan berasaskan bukti saintifik ini menyokong pembangunan landskap bandar yang lebih lestari, berdaya tahan terhadap perubahan iklim serta memperkukuh usaha pemuliharaan biodiversiti negara.
Kejayaan ini turut membuktikan kecemerlangan penyelidikan warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam menghasilkan ilmu yang berimpak tinggi serta relevan kepada keperluan negara. Ia sekaligus memperkukuh kedudukan UKM sebagai institusi rujukan utama dalam bidang biodiversiti, botani, ekologi landskap dan pengurusan alam sekitar berasaskan sains.
Tahniah dan syabas.
















