Tasik Chini, Pahang telah berjaya mengekalkan status Tapak Rizab Biosfera di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) melalui program Man and the Biosphere Programme (MAB). Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat The 35th Session of the International Coordinating Council of Man and the Biosphere Programme (ICC MAB35) 2023 di Paris, Perancis pada 14 Jun 2023 yang lalu.
Sehubungan dengan pengiktirafan ini, pihak Kerajaan Negeri Pahang telah mengadakan satu majlis bagi meraikan pengekalan status Man and the Biosfera (MAB) UNESCO Tasik Chini, pada 5 September 2023 bertempat di Swiss-Bell Hotel, Kuantan, Pahang.
Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) telah menerima penghargaan bersama pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri yang terlibat secara langsung dalam penghasilan pelaporan semakan berkala UNESCO (Periodic Review). Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan Task Force yang merangkumi pasukan penyelidik daripada kakitangan UKM diketuai oleh Dr Shazrul serta UKM Pakarunding yang membawa nama UKM dalam usaha mengekalkan status Rizab Biosfera ini.
Penghargaan khas oleh Kerajaan Negeri Pahang turut diberikan kepada Profesor Kehormat Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dato’ Sri Dr. Mushrifah Hj Idris di atas inisiatif dan usaha beliau mengetengahkan Tasik Chini sebagai tapak Rizab Biosfera Man and the Biosfera (MAB) UNESCO yang pertama di Malaysia. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Task Force yang merangkumi pasukan penyelidik daripada kakitangan UKM dan juga
Majlis itu disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), YBrs. Abdul Wahid bin Abu Salim yang mewakili YB Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Majlis itu juga turut dihadiri oleh Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Dato’ Dr. Mohd Hizamri Bin Mohd Yasin, Profesor Kehormat UKM, Profesor Dato’ Sri Dr. Mushrifah Hj Idris, Yang di-Pertua Dewan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Hj Mohd Sharkar bin Shamsudin, Setiausaha Kerajaan Pahang, YB Dato’ Sri Hj Zulkifli bin Hj Yaacob, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Dasar & Perancangan), Dato’ Hj. Zahari bin Ibrahim serta barisan pentadbiran negeri Pahang.
#MABUNESCO #RizabBiosferaMAB #TasikChini #UKM #PPTC #PPTCUKM #ALAFUKM #MAB35 #UNESCO #Pahang1st

Aktiviti:
Aktiviti pembersihan pantai di kawasan pesisir pantai-
pantai di kawasan Mersing.
Inisiatif konservasi alam sekitar melalui aktiviti gotong-
royong.
Kelengkapan aktiviti pembersihan disediakan.

Aktiviti:
Meneroka hutan hujan tropika sepanjang Rintis Kempas,
Tempinis dan Kandis.
Pemerhatian flora dan fauna tanah bencah.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

Aktiviti:
Jelajah Galeri PPL: Lawatan ke galeri penyelidikan.
Menangkul Ketam : Aktiviti menangkap ketam kaedah
tradisional dengan menaiki bot nelayan.

Aktiviti:
Jelajah Galeri PPL: Lawatan ke galeri penyelidikan.
Mengail lkan Menggunakan Kampoi.
Menggunakan Sampan Nelayan.

Aktiviti:
Jelajah Galeri PPL: Lawatan ke galeri penyelidikan.
Menelusuri Sungai Kubang Badak melihat
ekosistem bakau menaiki bot.
Menangkul Ketam : Aktiviti menangkap ketam kaedah
tradisional dengan menaiki bot nelayan.
Aktiviti snorkeling di Pulau Jemuruk.

Aktiviti:
Alami gaya hidup Orang Asli Jakun Tasik Chini
(kemahiran menyumpit dan membuat kraftangan).
Pengangkutan bot pergi-balik.
Meneroka hutan hujan tropika sepanjang Rintis Kempas,
Tempinis dan Kandis.
Menimba ilmu di Galeri Tasik Chini Rezab Biosphera
(TCRB).

Aktiviti:
Jelajah Jelajah Galeri PPL: Lawatan ke galeri penyelidikan.
Menangkul Ketam : Aktiviti menangkap ketam kaedah
tradisional dengan menaiki bot nelayan.
Mengail Ikan Menggunakan Kampoi.
Menggunakan Sampan Nelayan.

Aktiviti:
Meneroka hutan hujan tropika sepanjang Rintis Kempas,
Tempinis dan Kandis.
Menyelusuri Tasik Chini secara santai dengan bot.
Menimba ilmu di Galeri Tasik Chini Rezab Biosphera
(TCRB).

Aktiviti:
Melawat perkampungan Orang Asli di Tasik Chini.
Demonstrasi kemahiran tradisional orang asli.
Sesi perkongsian cerita dan pengalaman hidup
masyarakat orang asli.

Aktiviti:
Alami gaya hidup Orang Asli Jakun Tasik Chini
(kemahiran menyumpit dan membuat kraftangan).
Menyelusuri Tasik Chini dengan bot.
Pengangkutan bot pergi-balik.
Meneroka hutan hujan tropika sepanjang Rintis Kempas,
Tempinis dan Kandis.
Menimba ilmu di Galeri Tasik Chini Rezab Biosphera (TCRB).

Aktiviti:
Menelusuri Sungai Kubang Sadak melihat ekosistem bakau menaiki bot.
Jelajah Galeri PPL: Lawatan ke galeri penyelidikan.
Aktiviti snorkeling di Pulau Jemuruk.

Aktiviti:
Menyelusuri Tasik Chini secara santai dengan bot.
Khidmat jurupandu berpengalaman dengan penceritaan
dan interpretasi ekologi tasik air tawar serta ekosistem
tanah bencah.

Aktiviti:
Kenali struktur, fungsi dan tumbuhan hutan.
Alatan lapangan dan modul disediakan.
Khidmat Jurupandu berpengalaman.

Aktiviti:
Denai etnobotani.
Kenali tumbuhan ubatan, buah-buahan hutan dan makanan.
Khidmat Jurupandu berpengalaman.
Buku panduan ringkas disediakan.

Aktiviti:
Kenali serangga tanah tinggi.
Alatan lapangan dan buku panduan disediakan.
Khidmat Jurupandu berpengalaman.

Aktiviti:
Meneroka flora dan fauna Bukit Fraser.
Nikmati keindahan Air Terjun Jeriau.
Perkhemahan.
Buku panduan dan alat tulis disediakan.
Khidmat Jurupandu berpengalaman.

Aktiviti:
Kenali flora dan fauna, tumbuhan etnobotani, ekologi hutan, menyusuri
sungai dan air terjun.
Perkhemahan.
Alatan tulis dan buku panduan disediakan.
Khidmat Jurupandu berpengalaman.

Aktiviti:
Meneroka dataran pasang-surut Pulau Mawar seluas hampir 1 km persegi, hutan bakau pantai serta pentas hakisan dan tunggul laut yang unik.
Lawatan ke Galeri EKOMAR.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

Aktiviti:
Menikmati keindahan alam marin dengan aktiviti
snorkel di pulau-pulau berhampiran.
Pengangkutan bot pergi-balik.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

Aktiviti:
Meneroka keindahan pantai malam bersama hidupan nokturnal sambil menghayati peranan bulan dan bintang.
Lawatan ke Galeri EKOMAR.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

Aktiviti:
Menghayati kehidupan nelayan tradisi termasuk akitiviti memukat, menjala dan menangkap hasil laut.
Mempelajari cara tradisi pembuatan keropok lekor dan sata.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

Aktiviti:
Alami pengalaman berkhemah di hadapan pantai di Mersing.
Menikmati pemandangan malam yang indah di pantai Tg. Resang.
Menghayati keindahan alam marin yang disediakan di EKOMAR.
Mempelajari dan menghayati kehidupan nelayan tradisi.
Khidmat jurupandu berpengalaman.