Makmal Bioserasi telah berjaya untuk menjadi MAKMAL DALAM UNIVERSITI PERTAMA DI ASEAN yang memperoleh pematuhan bagi semua kategori produk di bawah skop Toksisiti dan Mutagenisiti di dalam Program OECD Good Laboratory Practice (GLP) (Kategori produk; Peranti Perubatan, Pestisida, Farmaseutikal, Kosmetik, Ubat Veterinar, Bahan Tambah Makanan – food additives, Bahan Kimia Industri). Program OECD-GLP merupakan program di bawah OECD (Organisation for Economic Co-operation and Development) iaitu organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh 36 buah negara industri.
Melalui sistem Mutual Acceptance of Data (MAD) GLP, data kajian bukan klinikal yang dihasilkan di sebarang fasiliti dengan pematuhan OECD-GLP diterima pakai untuk tujuan pendaftaran produk dan penilaian keselamatan. Oleh itu, pengiktirafan ini membolehkan PRODUK ANDA atau sebarang INOVASI yang diuji untuk ujian praklinikal di Makmal Bioserasi diterima pakai untuk pendaftaran produk di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Sila layari https:/www.ukm.my/makmal_bioserasi/ untuk maklumat lanjut.
#alafukm #ukm #ukmsharing #UniversitiWatanKita #makmalbioserasi #makmalakreditasi