Tanggal 3 Mac setiap tahun adalah merupakan tarikh yang telah diwartakan di peringkat antarabangsa sebagai Hari Hidupan Liar Sedunia atau 𝘞𝘰𝘳𝘭𝘥 𝘞𝘪𝘭𝘥𝘭𝘪𝘧𝘦 𝘋𝘢𝘺. Tarikh yang telah ditetapkan ini adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat dunia berkenaan kepentingan menjaga dan memelihara hidupan liar serta cabaran-cabaran dalam pemuliharaanya.
Tema sambutan pada tahun ini adalah ‘𝘾𝙤𝙣𝙣𝙚𝙘𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙤𝙥𝙡𝙚 𝙖𝙣𝙙 𝙋𝙡𝙖𝙣𝙚𝙩: 𝙀𝙭𝙥𝙡𝙤𝙧𝙞𝙣𝙜 𝘿𝙞𝙜𝙞𝙩𝙖𝙡 𝙄𝙣𝙣𝙤𝙫𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣 𝙞𝙣 𝙒𝙞𝙡𝙙𝙡𝙞𝙛𝙚 𝘾𝙤𝙣𝙨𝙚𝙧𝙫𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣’ adalah bagi mengetengahkan keperluan penggunaan teknologi digital bagi memperluaskan mesej-mesej kepada semua pihak di dalam melindungi dan memulihara hidupan liar serta habitatnya demi kelangsungan generasi masa hadapan.














