Alhamdulillah, Program Pengukuhan Kerja Berpasukan ALAF-UKM yang berlangsung buat pertama kalinya dari 23 hingga 25 Januari 2025 di Cherengin Hills Convention & SPA Resort, Janda Baik, telah melabuhkan tirai dengan jayanya.Program ini telah berjaya mencapai objektif utamanya untuk memperkukuh semangat kerja berpasukan, membina komunikasi yang efektif dan meningkatkan sinergi dalam kalangan warga ALAF-UKM.Dalam ucapan pembukaan […]
Pada 21 dan 22 Januari 2024, ALAF-UKM telah menganjurkan Bengkel Pengurusan & Jawatankuasa Sokongan ALAF-UKM bertempat di Bangi Resort Hotel. Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini telah dipengerusikan oleh Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin yang turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Mushrifah Idris, Prof. Kehormat dan Penasihat […]
Pada 15 Januari 2025 (Rabu), Kolej Aminuddin Baki (KAB) telah menganjurkan Forum Pemuliharaan Teratai: Ikon Utama Tasik Chini dengan menampilkan Prof. Dato’ Seri Dr. Mushrifah Idris, Profesor Kehormat, ALAF-UKM dan Prof. Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Sa’ariwijaya, Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-UKM bertempat di Pusat Kemudahan, KAB.Forum ini bertujuan untuk mengupas mengenai […]
Makmal i-CRIM,ALAF-UKM telah berjaya menjalani penilaian Audit MS ISO/IEC 17025:2017 oleh Jabatan Standard Malaysia pada 9 Januari 2024 (Khamis). Penilaian ini dilaksanakan oleh pasukan audit luaran yang diketuai oleh Pn. Ng Pui Wan, Ketua Penilai dan En. Wong Kok Fah selaku Penilai. Penilaian ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Makmal i-CRIM untuk memastikan pematuhan terhadap […]
Pada 8 Januari 2025 (Rabu), ALAF-UKM telah mengadakan Kunjungan hormat ke Bahagian Perkhidmatan Muzik, Radio Televisyen Malaysia (RTM), bertempat di Angkasapuri Kota Media, RTM. Kunjungan ini bertujuan untuk melihat potensi kerjasama penganjuran Teater Muzikal Puteri Gumum, Mitos Rizab Biosfera Tasik Chini UNESCO.Kunjungan ini melibatkan sesi perbincangan mendalam dengan pakar seni muzik RTM, yang diwakili oleh:En. […]
Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada Dr. Rozita Ibrahim, Felo Bersekutu Pusat Penyelidikan Tasik Chini, ALAF-UKM di atas kejayaan memperoleh dana (Geran Translasi UKM Tahun 2024) bagi kajian Pembangunan Permainan Dalam Talian Bertemakan UNESCO TCRB Melalui Sulam Untuk Advokasi Komuniti Orang Asli berjumlah RM69,000.Pasukan penyelidik ini turut diwakili oleh Prof. Madya Dr. Khairunneezam […]
Warga Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) dengan penuh rasa syukur mengucapkan Selamat Tahun Baru 2025 kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), universiti watan kita yang tercinta.Semoga tahun baru ini menjadi tahun yang penuh peluang, kejayaan, dan keberkatan untuk semua. Kepada warga universiti, marilah kita terus melangkah bersama […]
Makmal i-CRIM, Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF-UKM) akan menganjurkan SCI-INS THE 3rd INSTRUMENTATION SEMINAR 2025 seperti butiran berikut; Tarikh: 18 Februari 2025 (Selasa)Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang Tempat: Bangi Resort Hotel, Bangi. Seminar ini menyasarkan semua staf, pensyarah, penyelidik, pelajar dan industri untuk hadir bersama menyertai pembentangan, perbincangan dan peluang memperluaskan jaringan […]
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Herryawan Ryadi Eziwar Dyari atas pelantikan beliau sebagai Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), ALAF-UKM, berkuat kuasa mulai 9 Disember 2024.Semoga dengan kehadiran Dr. Herryawan Ryadi dapat meningkatkan potensi dan khidmat ALAF-UKM dengan lebih cemerlang.??????? ????????!
Pada 21 Disember 2024 (Sabtu), Program KUDAH (Kutip Sampah Sambil Riadah) anjuran Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dengan kerjasama ALAF-UKM dan Malaysia Airlines Academy (MAB) telah berlangsung dengan jayanya di Taman Tasik Cyberjaya, Sepang. Program ini bertujuan untuk menggalakkan tanggungjawab terhadap alam sekitar melalui aktiviti pembersihan kawasan sambil beriadah.Program ini turut diserikan […]





















