institut Alam dan Tamadun Melayu

INSTITUTE OF THE MALAY WORLD AND CIVILIZATION

PERMASALAHAN ETIKA DALAM BIOTEKNOLOGI

Butiran

Pengarang: Latifah Amin & Abdul Latif Samian
Penerbit: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Tahun: 2010
Jumlah Halaman
Rujukan/Muat TurunKlik di sini

Ringkasan

Kemajuan teknologi dan kefahaman yang mendalam para saintis terhadap sistem kehidupan terutamanya pada peringkat DNA merupakan dua faktor utama perkembangan bidang bioteknologi. Dewasa kini, teknik
kejuruteraan genetik dan sintitik yang dibangunkan berpotensi untuk menjangkaui dua alam yang berbeza. Kejayaan pemindahan DNA atau gen kedalam organism yang berbeza alam bukan sahaja membuka lembaran baru bagi bidang perubatan melalui penghasilan vaksin yang boleh dimakan tetapi juga bagi industri makanan dalam menyediakan bekalan makanan yang berterusan serta bermanafaat dari aspek kesihatan. Namun, kedangkalan akal manusia untuk menjangkakan kesan jangka panjang produk atau aplikasi bioteknologi moden terhadap alam sekitar, kesihatan manusia dan kelestarian generasi akan datang tidak dapat dinafikan. Justeru, pembangunan bioteknologi moden yang berstrategi serta penyelian yang efaktif oleh pihak kerajaan amat penting dalam membangunkan bioteknologi secara mapan dan holostik tanpa mengabaikan risiko dan isu-isu etika yang mungkin timbul daripadanya.
Buku Permasalahan etika dalam bioteknologi ini membincangkan aspek-aspek etika yang timbul dari bioteknologi moden khususnya dari kejuruteraan genetik, sintitik biologi dan perubatan. Secara umumnya, buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu: aspek etika bioteknologi moden secara umum, aspek etika bioteknologi moden dari perspektif Islam dan aspek etika dalam bidang perubatan reproduktif. Selain itu, instrumen yang boleh digunakan untuk mengukur aspek etika bioteknologi moden secara kuantitatif turut dipaparkan.

ISBN : 978-967-5048-82-1

Skip to content