2024: Kursus Asas Pertolongan Cemas 2024
04/12/2025
Kursus Asas Pertolongan Cemas 2024 yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran pertolongan cemas dalam kalangan warga ATMA telah dijalankan dengan jayanya pada 4 Disember 2024 (Rabu). Kursus ini telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Najid Md Nangin (Pegawai Perubatan), Dr. Muhammad Harith Zainorin (Pegawai Pergigian), dan Puan Nur Syamimi Hamzah (Penolong Pegawai Perubatan) dari Pusat Kesihatan Universiti, UKM. Dalam kursus ini, peserta telah diberi peluang untuk mempelajari teknik-teknik penting yang boleh membantu menyelamatkan nyawa dalam situasi kecemasan.
