2024: Syarahan Umum ATMA: 80 Tahun Mengenang Pejuang Gerila Force 136
12/12/2024
Syarahan Umum ATMA bertajuk 80 Tahun Mengenang Pejuang Gerila Force 136, telah disampaikan oleh Profesor Emeritus Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh, Profesor Emeritus ATMA. Syarahan ini menyingkap sejarah perjuangan Gerila Force 136, satu pasukan gerila yang memainkan peranan penting semasa Perang Dunia Kedua. Profesor Emeritus Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh memberi penghormatan kepada keberanian dan pengorbanan anggota Force 136 dalam menentang penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Syarahan ini turut menekankan sumbangan mereka terhadap kemerdekaan negara dan menyentuh isu-isu yang relevan seperti semangat patriotisme, perpaduan, dan kepentingan mengenang sejarah perjuangan bangsa.
Tarikh: 12 November 2024 (Khamis)
Tempat: Bilik Majlis, UKM
