2024: Syarahan Umum ATMA: Islam, Masjid dan Semangat Negara Bangsa: Suatu Kritikan Sosio-Politik berasaskan Kontekstualisme
21/11/2024
Syarahan Umum ATMA bertajuk "Islam, Masjid dan Semangat Negara Bangsa: Suatu Kritikan Sosio-Politik berasaskan Kontekstualisme", oleh Prof. Dr. Mohamad Tajuddin Haji Mohamad Rasdi, Ahli Lembaga Pengarah UKM pada 21 November 2024 bertempat di Bilik Majlis, Bangunan Canselori UKM. Sesi ini telah membuka ruang perbincangan yang bermakna mengenai peranan masjid dalam konteks sosio-politik serta kaitannya dengan pembentukan semangat negara bangsa.
