Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih Pn. Zie Fazleen Hashim
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Zie Fazleen Hashim sebagai Ketua Pentadbiran ATMA sehingga 30 November 2025, atas segala jasa, dedikasi, komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di ATMA.
Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, kami di ATMA mendoakan agar segala usaha dan dedikasi yang diberikan sentiasa diberkati, begitu juga dengan setiap langkah dan perjalanan kerjaya dipermudahkan serta terus cemerlang. Terima kasih atas jasa, pengorbanan dan kenangan yang ditinggalkan.
Selamat maju jaya!
