Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA) 2025

Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA) 2025, kali ke-3:
Tarikh: 7-8 Ogos 2025 (Khamis-Jumaat)
Tempat: Hotel Le Erawan, Phang Nga, Thailand Anjuran: UniMAP – ATMA UKM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) – Fahad Wittayathan School.
Yuran: RM750.00/200USD, termasuk pakej satu hari seminar (mencakupi kit seminar, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam) dan pakej satu hari lawatan/pelancongan ke Pulau Panji (Koh Pan Yee) dan Pulau “James Bonds” (Koh Phing Kan) mencakupi makan tengah hari, kudapan/minum petang, tiket taman negara [laut] dan makan malam.
Yuran: RM600.00/150USD, termasuk pakej satu hari seminar (mencakupi kit seminar, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam). TIDAK termasuk pakej pelancongan.
Pengangkutan dan Penginapan:
Peserta bertanggungjawab mengurus perjalanan/pengangkutan (dari negara masing-masing ke Thailand – Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket) termasuklah membuat tempahan penginapan sendiri (cadangan hotel halal dan berpatutan;
1. Hotel Le Erawan https://le-erawan.com/home.php
Pengangkutan pembentang/peserta dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket ke Hotel Le Erawan (tempat seminar/penginapan) dan Hotel Phu Nga (penginapan) di Phang Nga dan sebaliknya disediakan oleh urus setia/sekretariat SUTERA 2025 pada 6 Ogos 2025 (Rabu) [ketibaan] SAHAJA dan pada 9 Ogos 2025 [berlepas pulang] SAHAJA.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urus setia/sekretariat SUTERA 2025 melalui e-mel: sutera@unimap.edu.my.