Tahniah! 100% pelaksanaan Pembelajaran Teradun UKM Folio
Syabas dan Tahniah! Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM atas pelaksanaan 100% Pembelajaran Teradun (Blended Learning) bagi semua kursus yang yang ditawarkan dalam UKM Folio (Learning Management System) Semester 1 Sesi 2025/2026.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen dan kesungguhan warga akademik ATMA dalam memperkasa pengajaran dan pembelajaran selaras dengan aspirasi pendigitalan pendidikan universiti. Usaha berterusan dalam mengoptimumkan platform pembelajaran digital ini turut menyokong peningkatan kualiti penyampaian ilmu, pengalaman pembelajaran pelajar serta kecemerlangan akademik secara menyeluruh.
Semoga pencapaian ini dapat dikekalkan dan terus menjadi pemangkin kepada inovasi dan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan warga ATMA.
