Tahniah dan Syabas kepada Dr. Mohd Faizal Musa kerana telah menerima anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2021/2022
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Dr. Mohd Faizal Musa, Felo Penyelidik ATMA, kerana telah menerima anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2021/2022.
Anugerah ini disampaikan dalam Majlis Penyampaian HSPM anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 10 Julai 2025.
Anugerah berprestij ini merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang beliau dalam dunia kesusasteraan negara, khususnya dalam memperkaya khazanah pemikiran dan budaya Alam Melayu.
Semoga terus maju jaya dalam lapangan ilmu dan sastera tanah air.
#TahniahATMA
#ATMAUKM
#HSPM2025
#SasteraMelayu
