Tahniah! Dr. Mohd Faizal Musa atas kejayaan menerima geran penyelidikan Dana Industri (Kebangsaan) daripada Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)

Tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Faizal Musa (felo penyelidik ATMA) selaku ketua projek atas kejayaan menerima geran penyelidikan Dana Industri (Kebangsaan) daripada Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 50,000 bagi projek yang bertajuk: Memadanikan Cyberjaya: Pengaplikasian Digital menerusi Pelestarian Budaya.