Tahniah! Gs. Dr. Muhamad Solehin Fitry Rosley selaku ketua projek atas kejayaan menerima geran penyelidikan Dana Luar British Council 2025
Tahniah diucapkan kepada Gs. Dr. Muhamad Solehin Fitry Rosley (felo penyelidik ATMA) selaku ketua projek atas kejayaan menerima geran penyelidikan Dana Luar (Antarabangsa) daripada British Council, dengan jumlah peruntukan sebanyak £10,000 (RM56,000.00) bagi projek yang bertajuk: Heritage Reimagined: Interactive Database and Augmented Reality for Malay Kelingkan and Scottish Tapestry.
Projek penyelidikan ini melibatkan kerjasama antara United Kingdom & Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM.
