Tahniah! GS. Dr. Muhamad Solehin Fitry bin Rosley, atas kejayaan menerima Geran Sumbangan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) 2025
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Felo Penyelidik ATMA, GS. Dr. Muhamad Solehin Fitry bin Rosley, atas kejayaan menerima Geran Sumbangan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) Tahun 2025.
Semoga kejayaan ini menjadi pencetus kepada lebih banyak inisiatif yang mengangkat seni dan warisan bangsa ke persada antarabangsa! 

