Tahniah! Prof. Madya. Dr. Asyaari Muhamad (Pengarah ATMA), atas pelantikan sebagai Anggota Majlis Sejarawan Negara (MSJN)
Warga Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Prof. Madya. Dr. Asyaari Muhamad (Pengarah ATMA), atas pelantikan sebagai Anggota Majlis Sejarawan Negara (MSJN) berkuat kuasa 1 Ogos 2025.
Semoga pelantikan ini terus menyemarakkan usaha dalam memperkukuh bidang sejarah, budaya dan tamadun bangsa di persada negara.
