Tahniah! Prof. Madya Dr. Nor Zalina Harun selaku ketua projek atas kejayaan menerima geran penyelidikan Dana Luar (Kebangsaan) daripada LPHS

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Nor Zalina Harun (felo penyelidik Kanan ATMA) selaku ketua projek atas kejayaan menerima geran penyelidikan Dana Luar (Kebangsaan) daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor  (LPHS), dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 300,000.00 bagi projek penyelidikan yang bertajuk: Pembangunan Infrastruktur Sosial ke Arah Perumahan Strata Kos Rendah Berdaya Huni di Selangor.