Glosari Arkeologi Alam Melayu
Butiran
| Pengarang | : Adnan Jusoh, Asyaari Muhamad, Bazley Bee Basrah Bee, Kamarudin Ab. Razak, Mohd Zain Musa, Nasha Rodziadi Khaw, Nazarudin Zainun, Othman Mohd Yatim, Yunus Sauman, Zuliskandar Ramli |
| Penerbit | : INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU (ATMA) |
| Tahun | : 2014 |
| Jumlah Halaman | : 155 |
| Rujukan/Muat Turun | : Klik di sini |
Ringkasan
Prakata
Syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaannya kami berjaya menghasilkan “glosari” Arkeologi Alam Melayu walaupun terdapat beberapa cabaran dalam usaha menghasilkan buku ini, tetapi di atas kerjasama dan kerja keras penulis / penyumbang segala masalah itu dapat diatasi. Antara masalahnya ialah kerja melengkap glosari. Ini kerana arkeologi alam Melayu itu amat luas. Jadi selengkap mana yang boleh kami hadkan. Maka keputusannya ialah memilih perkataan yang boleh membantu pembaca memahami apa itu arkeologi alam Melayu.
Dalam glosari ini terdapat perkataan yang merujuk kepada kerajaan awal seperti Funan, Langkasuka, Srivijaya, Melayu (Jambi), Sailendra, Jawa Tengah dan lain-lain lagi. Kerajaan awal seperti yang disebut di atas sememangnya menjadi perhatian ahliahli arkeologi, sejarah dan geografi . Mereka mengkaji kerajaankerajaan tersebut dari pelbagai perspektif seperti budaya material, warisan tak nampak, lokasi dan sumber seperti sumber India, China dan lain-lain. Sememangnya, pelbagai aspek tentang kerajaan awal itu dikaji. Maka dalam glosari ini disebut perkara-perkara yang telah diketahui tentang kerajaan awal tersebut. Justeru itu, diharapkan glosari ini akan meningkat lagi pengetahuan kita tentang kerajaan awal itu.
Buku ini juga tidak akan terhasil tanpa dana yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi di bawah geran CoE Berpotensi Tinggi (II/016/2012). Dengan itu ingin kami sampaikan setinggitinggi penghargaan kepada kementerian yang bertanggungjawab menyalurkan dana ini.
Sekian, Wassalam.
Ketua Editor
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman