Fakulti Farmasi UKM menawarkan pelbagai seminar dan program berstruktur yang telah dirancang untuk membolehkan ahli farmasi mengikuti konsep klinikal terkini dan kemajuan terbaru dalam latihan profesional. Program siswazah kami juga terbuka kepada semua calon (termasuk bukan ahli farmasi) dengan minat yang mendalam untuk mengikuti bidang penyelidikan farmaseutikal termaju.
Calon pelajar digalakkan untuk menghubungi ketua program kami untuk berbincang secara lanjut berkaitan kecenderungan dan kesesuaian pengambilan program.
Kami juga mengalu-alukan sebarang minat untuk sangkutan penyelidikan di fakulti. Ini termasuk pemindahan kredit untuk pelajar prasiswazah dan siswazah antarabangsa. Sila e-mel kepada pihak kami untuk penerangan lanjut.
🎓 PhD Opportunity at Faculty of Pharmacy, UKM (3 years, RM 2,500/month)! We are hiring for a GET-funded project: “Development of Intranasal PNU-LIPO+EXO for Targeted