Program Yang Ditawarkan
  • Farmasi

Mod Pengajian: Penyelidikan
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh & *Separuh Masa
*Kuliah: Hari dan Waktu Bekerja (termasuk bagi separuh masa)

Mod Pengajian: Kerja Kursus
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh Masa & *Separuh Masa
*Kuliah: Hari dan Waktu Bekerja (termasuk bagi separuh masa)

Mod Pengajian: Kerja Kursus
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh & *Separuh Masa
*Kuliah: Hari dan Waktu Bekerja (termasuk bagi separuh masa)

PROGRAM FARMASI

Fakulti Farmasi

RINGKASAN PROGRAM

Program mod penyelidikan yang ditawarkan oleh Fakulti Farmasi memberi penekanan kepada bidang penyelidikan yang melibatkan pelbagai disiplin dalam bidang farmasi termasuk penemuan ubat, pembangunan produk farmaseutikal, pendidikan farmasi, dan pengurusan berkualiti ubat-ubatan. Program berorientasikan penyelidikan ini adalah berasaskan kerja makmal, gabungan antara kerja makmal dan kajian tinjauan, atau kajian tinjauan dalam pelbagai bidang farmasi seperti:

Pembangunan Dadah dan Herba: Memberi tumpuan kepada pengenalpastian sebatian kimia daripada produk semula jadi yang mempunyai kesan terapeutik khusus dan boleh dibangunkan menjadi potensi ubat baharu untuk sasaran ubat yang kompleks dan mencabar sebelum ujian klinikal. Bidang ini juga melibatkan penilaian herba dan produk berkaitan dari segi kualiti, keselamatan, dan keberkesanan sebagai agen terapeutik.

Teknologi Penyampaian Dadah: Memberi tumpuan kepada cabaran terkini dalam bidang penyampaian dadah. Ini bertujuan untuk membina strategi rasional terhadap reka bentuk dadah bagi menghasilkan sistem penyampaian dadah yang termaju. Strategi-strategi untuk meningkatkan penyampaian dadah termasuk mengkaji sifat fizikokimia moieti dadah tradisional atau berasaskan bioteknologi dan memahami mekanisme penyerapan dadah oleh sel dan pengangkutan dadah merentasi membran biologi.

Pengurusan Berkualiti Ubat-ubatan (QMM): Memberi tumpuan kepada corak penggunaan ubat, keberkesanan rejimen rawatan, pelaporan tindak balas kesan advers ubat, kesedaran kesihatan, pendidikan pesakit, farmakoekonomi, dan dasar ubat nasional serta pelaksanaannya.

KEHIDUPAN DI FAKULTI

Kemudahan pendidikan kami terletak di Kampus Jalan Raja Muda UKM, Kuala Lumpur. Sepanjang pengajian, anda akan berpeluang untuk menjalankan penyelidikan di makmal bertaraf dunia atau di hospital pengajaran kami (Hospital Canselor Tuanku Muhriz di Cheras). Kampus ini juga menempatkan fakulti lain iaitu Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Pergigian. Kampus kami menyediakan platform yang baik untuk anda mengenali pelajar pascasiswazah daripada program penyelidikan lain yang berkaitan dengan kesihatan, untuk meningkatkan rangkaian penyelidikan anda. Selain daripada kemudahan dalam kampus seperti perpustakaan dan kafe, kampus ini juga berdekatan dengan pelbagai tarikan di Kuala Lumpur dengan akses mudah ke tempat makan dan minum, pusat membeli-belah, taman rekreasi, dewan teater, dan galeri seni. Walaupun penginapan dalam kampus tidak disediakan untuk pelajar pascasiswazah, anda boleh mendapatkan tempat penginapan luar kampus sebelum ketibaan anda dengan bantuan Persatuan Pelajar Siswazah Fakulti Farmasi.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan ke program Ijazah Sarjana:

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
  2. Ijazah dalam bidang Perubatan atau Pergigian dari Universiti atau institusi pengajian tinggi atau ijazah yang setaraf dengannya dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
  3. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Sebelumnya (APEL) atau melalui Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu (RPL); dan
  4. Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan).

Syarat kemasukan ke program Ijazah Sarjana:

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
  2. Ijazah dalam bidang Perubatan atau Pergigian dari Universiti atau institusi pengajian tinggi atau ijazah yang setaraf dengannya dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
  3. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Sebelumnya (APEL) atau melalui Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu (RPL); dan
  4. Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan).

KEPERLUAN PROFISIENSI BAHASA INGGERIS

1. Calon antarabangsa dikehendaki memenuhi syarat penguasaan Bahasa Inggeris seperti berikut:

a) Mendapat keputusan TOEFL (550), IELTS (6) atau MUET (4) yang memenuhi skor atau keperluan band minimum yang ditetapkan oleh program; atau

b) Untuk program tertentu, calon dikehendaki menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika dia gagal mencapai tahap yang ditentukan oleh program, calon diwajibkan mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM) dalam tempoh maksimum dua (2) semester sebelum dia dibenarkan mendaftar program pengajian. Calon hendaklah mendaftar sebagai Pelajar Bukan Siswazah .

2. Fakulti / Institut boleh memberikan pengecualian kepada syarat-syarat yang ditentukan dalam subperaturan (1) untuk calon antarabangsa yang:

a) akan menulis tesis / disertasi dalam bahasa Melayu / Arab;

b) mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf oleh Senat; atau

c) berasal dari negara di mana bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi atau calon mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Calon boleh dikecualikan dari syarat-syarat yang dinyatakan dalam subperaturan (2), tetapi calon harus menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika calon gagal memperoleh tahap yang ditentukan oleh program, calon diminta untuk menghadiri dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM).

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

Program Penyelidikan & Mod Campuran Sepenuhnya (Sepenuh Masa – min 2 sem; Separuh Masa – min 4 sem)

Mod Pengajian

Pendaftaran

 

 Perkhidmatan & Aktiviti

Yuran Pengajian

Semester Pertama

Semester Seterusnya

Jumlah Yuran

Sepenuh Masa

1,010

845

1,585

3,440

2,430

5,870

Separuh Masa

885

625

1,435

2,945

2,060

9,125

Program Mod Kerja Kursus – Sepenuh Masa (Min 2 Sem) / Separuh Masa (Min 4 Sem)

Mod Pengajian

Pendaftaran

 

 Perkhidmatan & Aktiviti

Yuran Pengajian

Semester Pertama

Semester Seterusnya

Jumlah Yuran

Sepenuh Masa (Sarjana Sains -Analisis Farmaseutikal)

1,010

420

3,340

4,770

3,760

8,530

Sepenuh Masa (Sarjana Farmasi Klinikal)

1,010

420

6,150

7,580

6,570

14,150

Separuh Masa (Sarjana Sains -Analisis Farmaseutikal)

885

200

1,670

2,755

1,870

8,365

Separuh Masa (Sarjana Farmasi Klinikal)

885

200

3,075

4,160

3,275

13,985

Program Penyelidikan & Mod Campuran Sepenuhnya (Sepenuh Masa – min 2 sem; Separuh Masa – min 4 sem)

Mod Pengajian

Pendaftaran

 

 Perkhidmatan & Aktiviti

Yuran Pengajian

Semester Pertama

Semester Seterusnya

Jumlah Yuran

Sepenuh Masa

1,410

1,085

3,500

5,995

4,585

10,580

Separuh Masa

1,285

815

2,600

4,700

3,415

14,945

Program Mod Kerja Kursus – Sepenuh Masa (Min 2 Sem) / Separuh Masa (Min 4 Sem)

Mod Pengajian

Pendaftaran

 

 Perkhidmatan & Aktiviti

Yuran Pengajian

Semester Pertama

Semester Seterusnya

Jumlah Yuran

Sepenuh Masa (Sarjana Sains -Analisis Farmaseutikal)

1,410

660

6,110

8,180

6,770

14,950

Sepenuh Masa (Sarjana Farmasi Klinikal)

1,410

660

9,840

11,910

10,500

22,410

Separuh Masa (Sarjana Sains -Analisis Farmaseutikal)

1,285

390

3,055

4,730

3,445

15,065

Separuh Masa (Sarjana Farmasi Klinikal)

1,285

390

4,920

6,595

5,310

22,525

Yuran tidak termasuk Personal Bond dan Visa Reference (VDR)
** Yuran tertakluk kepada perubahan semasa

Kenapa Memilih Program Ini?
  • Temui potensi penuh anda sebagai penyelidik yang berdikari melalui kerjasama yang rapat dengan ahli fakulti kami yang berpengalaman dan bersedia untuk menyelia sepanjang pengajian anda.
  • Mengambil bahagian dalam pelbagai projek yang berasaskan penyelidikan makmal atau kerja lapangan (hospital atau komuniti). Ini dapat membantu untuk mengembangkan minat yang mendalam terhadap bidang penyelidikan anda.
  • Graduan kami mempunyai pengetahuan dan kemahiran penyelidikan yang diperlukan untuk memupuk perkembangan kerjaya dalam bidang akademik atau sains farmasi asas / gunaan yang memerlukan saintis yang berkepakaran profesional dalam penyelidikan dan pembangunan.
  • Peluang untuk menyertai persatuan siswazah untuk memanfaatkan peningkatan jaringan, perkembangan kerjaya, dan pelbagai peluang pembelajaran.
Cara Memohon
  1. Calon perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui: http://www.ukm.my/join/
  2. Pengambilan untuk mod kerja kursus dan mod campuran dibuka dua kali setahun, iaitu setiap Oktober hingga November (untuk pengambilan Februari berikutnya) dan setiap April hingga Mei (untuk pengambilan bulan September).
  3. Permohonan untuk program mod penyelidikan boleh dibuat bila-bila masa sepanjang tahun.
  4. Tempoh untuk program Sarjana memerlukan 2 hingga 4 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 4 hingga 8 semester untuk pengajian secara sambilan dan untuk program Doktor Falsafah adalah 6 hingga 12 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 8 hingga 14 semester untuk pengajian secara sambilan.
Maklumat Fakulti

Kampus: Cheras, Kuala Lumpur
Fakulti: Fakulti Farmasi
Ijazah: Sarjana Sains

Tempoh:

  1. Program Penyelidikan & Mod Campuran – Sepenuh Masa (Min 6 Semester) / Separuh Masa (Min 8 Semester)

Hubungi:
Fakulti Farmasi
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300, Kuala Lumpur

Tel : +603-9289 7783 / 7884
Faks: +603-2698 3271
Emel : rosmizamusa@ukm.edu.my
Laman Web : www.ukm.my/farmasi

Hubungi

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603 89118468 / 8389
Faks: +603 89118471 
Emel: akad@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

YuranSetahunDua Tahun (Indonesian Sahaja) 
Yuran Pemprosesan1,000.001,140.00
Pas Pelajar60.00120.00
Yuran Visa (mengikut negara – tidak melebihi RM 50)50.00 (max)30.00
Ikad50.00100.00
eVAL150.00150.00
Cukai Perkhidmatan (6%)78.6077.40
Insurans EMGS400.00400.00
Jumlah:1788.602017.40

Ringgit Malaysia (RM) Sahaja

Personal Bond    
RM 2000
CanadaBurkina Faso BurundiDemocraticGuinea-Bissau GhanaNigeria Rwanda Western Sahara
USACameroonCongoLiberiaDjibouti
ColombiaCentral African RepublicCote D’IvoireMaliEquatorial Guinea Ethiopia
AngolaRepublic Congo RepublicEritreaMozambique 
RM 1500
Saudi ArabiaBritish C.IEuropePortugal C.IVietnam
AfricaBruneiIranTaiwan 
AustraliaChinaIraqTunisia 
RM 1000
JapanSouth KoreaMacaoHong Kong 
RM 750
BangladeshPhillipinesIndiaMyanmarNepal
PakistanSri Lanka   
RM 500
Indonesia    
RM 300
Thailand    
RM 200
Singapore    
RM 1500
Yuran untuk negara lain

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik