Fakulti Farmasi | Faculty of Pharmacy, UKM

 Menerajui Farmasi Untuk Kesihatan | Advancing Pharmacy For Health

Penceramah Ucaptama International Conference of Pharmaceutical Sciences (ICPS) 2023

Encik Leonard Ariff Abdul Shatar, Profesor Adjung Fakulti Farmasi UKM telah dijemput sebagai penceramah ucaptama pada International Scientific Conference of Pharmaceutical Science (ICPS) 2023 yang telah dijalankan di Hotel Zecon, Kuala Lumpur pada 7-8 Mac 2023. Dalam pembentangan beliau bertajuk “Surviving Post Pandemic and Beyond”, beliau berkongsi beberapa pandangan peribadinya tentang kesan pandemik COVID-19 kepada ekonomi tempatan dan seluruh dunia, khususnya dalam industri farmaseutikal. Beliau juga menyentuh tentang pertumbuhan sektor pendigitalan akibat pandemik tersebut. Sekatan kawalan pergerakan semasa wabak telah meningkatkan penggunaan pelbagai alat, platform, aplikasi dan penyelesaian digital. Keadaan ini sedikit sebanyak telah menjejaskan sesetengah industri dan organisasi, di mana mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan perkembangan sektor digitalisasi untuk terus bergerak ke hadapan. Selain itu, Encik Leonard juga menekankan kesan terbesar pandemik COVID-19 ini yang dialami oleh sesetengah individu – kesan sosial. Kehilangan orang tersayang akibat wabak, pergerakan yang terhad, tekanan dan ketegangan yang berkaitan, kehilangan pekerjaan telah memberi kesan kepada mata pencarian dan keadaan kewangan isi rumah. Secara keseluruhannya, ucapan yang disampaikan semasa persidangan tersebut telah menggariskan satu siri peristiwa yang berlaku semasa pandemik COVID-19 dan hikmahnya untuk kita ambil iktibar. Terima kasih Encik Leonard kerana meluangkan masa anda bersama kami dan berkongsi pandangan anda!