Fakulti Farmasi | Faculty of Pharmacy, UKM

 Menerajui Farmasi Untuk Kesihatan | Advancing Pharmacy For Health

Faculty of Pharmacy, UKM

Advancing Pharmacy For Health

Sarjana Sains (Analisis Farmaseutikal)

Program ini bertujuan untuk melahirkan tenaga mahir dalam bidang analisis farmaseutikal sejajar dengan perkembangan industri farmaseutikal dan herba di negara ini. Program Sarjana Sains (Analisis Farmaseutikal) ini dapat membantu menghasilkan tenaga pakar yang akan memenuhi keperluan kepakaran di sektor awam dan swasta dengan memberi pengetahuan dan kemahiran yang khusus dalam bidang analisis farmaseutikal.

Mod & Tempoh Pengajian
Kemasukan
Taught Course
Full-time: 2 semesters (1 Year)
Part-time: 4 semesters (2 years)
September

Objektif

  • Memahami dan menghayati nilai aspirasi negara, mempunyai nilai etika dan profesionalisme serta bertanggungjawab untuk mempertingkatkan kualiti analisis farmaseutikal selaras dengan perkembangan global.
  • Kompeten dan mampu mengaplikasi pengetahuan dalam pelbagai bidang analisis farmaseutikal.
  • Berinovasi, mempunyai ciri pemikiran keusahawanan, mahir berkomunikasi serta menunjukkan sifat kepimpinan.

Syarat Kemasukan

Ijazah Sarjana Muda Sains yang berkaitan dengan minimum PNGK 2.50 atau yang setara dengannya, dari mana-mana institusi pengajian tinggi seperti yang diterima oleh Senat; ATAU

Ijazah Sarjana Muda Sains yang berkaitan tetapi tidak mencapai PNGK 2.50 atau yang setara dengannya, boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan;

DAN

Untuk calon antarabangsa, syarat kelayakan Bahasa Inggeris adalah seperti berikut:

IELTS: Mencapai skor minimum Band 6.0

ATAU

TOEFL: Mencapai skor minimum 60

ATAU

CEFR: Mencapai tahap minimum B2

ATAU

MUET:  Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 4 (Band 4)

 

Fakulti boleh memberi pengecualian kepada syarat yang dinyatakan di atas kepada calon luar negara
yang berasal dari negara yang Bahasa Inggeris adalah bahasa rasminya atau yang memiliki kelayakan
akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Permohonan adalah melalui  Graduate Admission Application System (Guest).

Pertanyaan berkaitan yuran pengajian Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah, sila, sila rujuk di sini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Prof. Madya Dr. Lam Kok Wai

Penyelaras Program Sarjana Sains (Analisis Farmaseutikal)
+603-9289 7031
 paffar@ukm.edu.my

Cik Rosmiza Binti Musa

Penolong Pendaftar
+603-9289 7783
 kpffar@ukm.edu.my

Pn Norlaili Nazarudin

Pembantu Tadbir
+603-9289 7074
laili.farmasi@ukm.edu.my