Taraf 6: Projek Penyelidikan Gegar Gamat Pemacu Perubahan

Taraf 6: Projek Penyelidikan Gegar Gamat Pemacu Perubahan

Bintang 6

Neuroprotective Model For Healthy Longevity Among Malaysian Elderly

Penghasilan model bagi perlindungan dari penyakit demensia, melalui pengesanan awal berdasarkan penentu sosial dan kesihatan serta petunjuk biokimia dan langkah pencegahan melalui perubahan gaya hidup.

Taraf 6

MyB Prosthetic Limb

The MyB Prosthetic Limb merupakan satu kemajuan praktikal dalam bidang prostetik dan ortotik. Prostetik bawah lutut ini direka untuk membolehkan pergerakan sendi buku lali. Fungsi ini membolehkan pengguna terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang sebelum ini agak sukar dengan menggunakan prostetik yang sedia ada, iaitu termasuk aktiviti sujud, yoga, dan duduk selesa di atas lantai. Prostetik, seperti yang kita sedia maklum, mempunya kos yang tinggi dan boleh mencapai harga beribu-ribu ringgit yang menimbulkan beban kewangan yang besar kepada pesakit. Produk inovasi kami dijual dengan harga yang berpatutan, dengan matlamat untuk membantu mereka yang kurang keupayaan dari segi kewangan dengan mengekalkan kualiti dan fungsi yang optimum. Ia juga direka untuk mudah digunakan dan selesa dipakai sepanjang masa. Dengan pembangunan inovasi kami ini, kami harap dapat membangunkan inovasi prostetik di Malaysia.