PEGAWAI FOKAL INTEGRITI (PFI)

Pelantikan Pegawai Fokal Integriti (PFI) merupakan salah satu usaha UKM untuk membolehkan agenda pembudayaan dan penginstitusian integriti di UKM dapat digerakkan dengan lebih pantas, kos efisien dan strategik. Pelantikan PFI di setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ)  ini adalah yang pertama di kalangan Universiti Awam dan merupakan inisiatif Unit Integriti & Ombudsman (UIO) untuk menggembleng keupayaan warga UKM dengan objektif seperti berikut:

  1. Pembudayaan dan penginstitusian integriti di UKM dapat digerakkan dengan lebih pantas melalui kerjasama PTJ dan PFI di PTJ berbanding hanya bergantung pada sumber yang terhad di pihak UIO;
  2. Pengurusan aduan integriti di peringkat PTJ dapat diselesaikan dengan cepat dan efektif melalui jaringan kerjasama UI dengan PFI;
  3. Pemindahan ilmu kepada PFI yang dilantik dan untuk jangka masa panjang dapat menyediakan lebih ramai pegawai yang kompeten menerajui pengurusan isu-isu integriti di UKM;
  4. UIO dapat memberi fokus keutamaan kepada fungsi teras integriti yang bersifat strategik berbanding operasi.