Perjanjian Kerjasama (MoA) antara UKM dan IDS

Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjalin kerjasama dengan Institute for Development Studies (IDS), Sabah bagi menjayakan aktiviti pembangunan dan penyelidikan bersama khususnya untuk negeri Sabah. Kerjasama ini dikukuhkan dengan pemeteraian Perjanjian Kerjasama (MoA) antara UKM dengan IDS, hari ini. Dokumen MoA ini ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani dan Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul.
Kerjasama penyelidikan yang bakal dijalankan adalah “Carbon Accounting and Management: Transition to a Low-Carbon Economy and Climate Resilience in Sabah” yang diketuai oleh Prof. Dr. Marlia Mohd Hanafiah dan “Assessment of Extreme Weather Vulnerability in Sabah: Impacts of El Nino–Southern O Chief Executive Officer Scillation (ENSO), Indian Ocean Dipole (IOD), Madden–Julian Oscillation (MJO), and Monsoon Patterns under a Changing Climate” yang diketuai oleh Gs. Dr. Ricky Anak Kemarau.
Prof. Dato’ Dr Wan Kamal dalam ucapannya berharap agar kerjasama ini dapat mempromosi dan membangunkan proses membuat keputusan berasaskan penyelidikan yang berkaitan dengan penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan negeri Sabah bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri Sabah yang lebih mampan.
Katanya, melalui kerjasama ini, ruang dan peluang yang lebih besar dapat diperolehi terutamanya demi kesejahteraan masyarakat sejagat, dan apa yang dirancang pada hari ini, InsyaAllah hasil dituai dimasa akan datang.
Hadir sama ke majlis ini adalah Pengarah IPI, Prof. Madya Dr. Zaini Sakawi.