Info IPI
Mengenai Kami
Institut Perubahan Iklim ditubuhkan di atas penyatuan dan penggabungan ilmu di bawah tujahan iklim yang melibatkan 4 entiti berikut iaitu


VISI & MISI
Visi : Menjadi sebuah institusi pendidikan dan penyelidikan serta pusat rujukan bereputasi antarabangsa dalam bidang perubahan iklim dan sains angkasa.
Misi : Menerusi program pengajian dan aktiviti penyelidikan, institut ini akan meneroka dan menambahkan ilmu dan kepakaran yang diingini dalam bidang perubahan iklim dan sains angkasa untuk kemajuan dan kesejahteraan manusia.
OBJEKTIF
- Untuk meletakkan Malaysia dalam dunia politik antarabangsa dalam hal-hal perubahan iklim dan isu yang berkaitannya.
- Meningkatkan pengajaran di peringkat sarjana dan doktor falsafah dalam bidang iklim dan perubahan iklim tempatan dan global.
- Membina dan meningkatkan kepakaran dan keupayaan universiti dan negara dalam bidang sains iklim dan perubahan iklim, meteorologi, klimatologi, sains atmosfera dan oseanografi, impak dan
- adaptasi melalui penyelidikan dan keluaran graduan sarjana sains, doktor falsafah dan pasca kedoktoran.
- Menjadi institut penyelidikan inter disiplin dan rentas sempadan dalam menjalankan penyelidikan dan mendidik graduan yang terfokus dalam variabiliti iklim, perubahan ekosistem dan interaksi antara
- manusia dan alam semulajadi.
- Menjadi pusat rujukan dalam dan luar negara bagi pengajaran, penyelidikan dan pembangunan teknologi terkini yang berkaitan dengannya.
- Menjadi pusat depositori data dan pemantauan untuk semua hal-hal yang berkaitan dengan iklim dan perubahan iklim dan sekali gus berupaya menjana pendapatan melalui penyelidikan, perundingan, advokasi dan perundangan.

