Ucapan Tahniah dan Penghargaan kepada Prof. Madya Ir. Dr. Wan Hanna Melini Wan Mohtar
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Prof. Madya Ir. Dr. Wan Hanna Melini Wan Mohtar atas pelantikan sebagai Timbalan Dekan (Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM.
Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan, serta terus memperkukuh hubungan strategik antara fakulti, industri dan masyarakat.
