Ucapan Tahniah: Dr. Asma’ Abu Samah sebagai Ketua EMC

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Asma’ Abu Samah atas pelantikan sebagai Ketua Pusat Pengurusan Alam Sekitar, Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan serta memperkukuh usaha dan memperluas impak demi memastikan alam sekitar kita sentiasa terpelihara untuk generasi akan datang.