Tahniah! Pelajar PhD IPI Terima Dana Penyelidikan FRIM Bernilai RM40,000
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada saudara Muhammad Laitz Musawwi bin Ruslan, pelajar Doktor Falsafah (PhD), Institut Perubahan Iklim atas kejayaan menerima dana penyelidikan daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berjumlah RM40,000. Semoga dana yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi memperkukuh aktiviti penyelidikan, menghasilkan penemuan yang berimpak tinggi serta menyumbang kepada pembangunan ilmu pengetahuan dan kelestarian negara.
SYABAS DAN TAHNIAH!
