Tahniah! Penempatan Latihan Industri Antarabangsa

? TAHNIAH ATAS PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI ANTARABANGSA! ??
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cik Ong Lay Enn, pelajar Sarjana Perubahan Iklim (Kerja Kursus) di bawah seliaan Dr. Maggie Ooi, atas kejayaan memperoleh penempatan latihan industri di Atmospheric Chemistry & Climate Change Research Lab, National Taiwan University (NTU), Taiwan. ??? Penempatan bagi tempoh Julai hingga Oktober 2026 ini dilaksanakan melalui International Internship Pilot Program (IIPP) dengan tajaan National Science and Technology Council (NSTC), Taiwan. Pencapaian ini membuka peluang berharga untuk memperoleh pengalaman penyelidikan antarabangsa, memperkukuh kepakaran dalam bidang perubahan iklim dan kimia atmosfera, serta memperluas jaringan akademik dan profesional. Semoga pengalaman di NTU menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam pengajian, penyelidikan dan kerjaya. ✨
Syabas dan selamat maju jaya!
#ipiukm #UKM #NationalTaiwanUniversity #IIPP #ClimateChange #AtmosphericChemistry #InternationalInternship #GlobalExposure