TAHNIAH ATAS PENERIMAAN DANA LUAR (KEBANGSAAN)
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ts. ChM. Gs. Dr. Zulfaqar Sa’adi, Felo Penyelidik, Institut Perubahan Iklim (IPI), UKM atas kejayaan memperoleh Dana Luar (Kebangsaan) berjumlah RM30,000 daripada All-Party Parliamentary Group Malaysia – Sustainable Development Goals (APPGM-SDG).
Dana ini diperoleh bagi pelaksanaan projek penyelidikan bertajuk “Sungai Sijangkang Community Climate Resilience and River Health Initiative” bagi tempoh 1 September hingga 31 Disember 2026.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan warga IPI dalam memperkasa penyelidikan berimpak yang memberi tumpuan kepada daya tahan komuniti terhadap perubahan iklim, kelestarian alam sekitar dan kesihatan sungai. 

Semoga projek ini dapat memberikan manfaat kepada komuniti setempat serta menyumbang kepada usaha memperkukuh tindakan iklim dan pembangunan mampan.
