STACLIM 2026

 09/08/2026

BANGI, SELANGOR — Pakar iklim global, pembuat dasar, dan ahli teknologi berkumpul di Selangor untuk Persidangan Antarabangsa ke-7 mengenai Aplikasi Sains dan Teknologi dalam Perubahan Iklim (STACLIM 2026), yang dianjurkan oleh Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan dianjurkan bersama oleh Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) di Hotel Tenera dari 8–9 September 2026. STACLIM 2026 ini turut dijayakan dengan sokongan daripada Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan Institusi Geospatial dan Penderiaan Jauh Malaysia (IGRSM) yang bertindak sebagai rakan strategik rasmi. Selain itu, persidangan ini telah menerima penajaan daripada Business Event Sarawak, MathsProofRead, Kursi Kelestarian UKM-Yayasan Sime Darby, DeriaLah Sdn. Bhd. dan Bubbles O2, yang membuktikan komitmen bersama pelbagai pihak dalam memacu agenda tindakan iklim secara global. Diadakan dalam format hibrid di Hotel Tenera, persidangan ini membincangkan tema "Melangkaui 1.5°C: Menjelmakan Komitmen kepada Tindakan untuk Dunia Selamat Iklim," menekankan keperluan mendesak untuk merapatkan jurang antara sains iklim dan dasar awam yang responsif. Persidangan ini dilancarkan secara rasmi oleh Tetamu Kehormat YBhg. Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah UKM. Menarik perwakilan antarabangsa, acara dua hari itu mengalu-alukan penyelidik dari Malaysia, Indonesia, Taiwan, Filipina, Jepun, Amerika Sayrikat, dan Thailand. Secara keseluruhan, persidangan ini disertai oleh 44 pembentangan lisan, 11 pameran poster, dan penyertaan aktif daripada 12 perwakilan industri dan agensi. "Kita mesti melangkah lebih jauh daripada sekadar menyedari kerentanan iklim kepada memperhebatkan secara aktif inovasi teknologi dan berasaskan alam semula jadi yang diperlukan untuk melindungi masa depan kita," kata Prof. Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul,  di mana Ketua Pegawai Eksekutif IDS menyampaikan ucaptama beliau dalam menekankan kepentingan menangani jurang antara sains dan dasar perubahan iklim. Persidangan ini juga menampilkan sesi ucap tama oleh Prof. Dr. Shabbir H. Gheewala. Penyelidik tersohor dari Joint Graduate School of Energy and Environment, Thailand yang menbincang mengenai pelanggaran sempadan keupayaan bumi dan menggesa peralihan ke arah transisi positif alam semula jadi sebagai tindakan menangani kesan perubahan iklim. Persidangan ini merangkumi lima landasan teras: Iklim dan Pencemaran, Sekuriti Air dan Makanan, Tanah dan Hutan, Teknologi Termaju dan Baharu Muncul, serta Daya Tahan Iklim Komuniti. Persidangan ini memuncak dengan majlis anugerah yang memberi penghormatan kepada penyelidik cemerlang. Pembentangan lisan terbaik dianugerahkan kepada Dr. Wee Hin Boo, Dr. Zahidah Ayob dan Dr. Ng Cia Yik, manakala Jing Wen Chong, Effarina Mohd Faizal Abdullah dan Dr. Siti Aminah merangkul anugerah poster terbaik. Anugerah kertas kerja terbaik disandang oleh Mohd Khairul Idlan Muhammad, Huiwen Ran, Midhun Mohan, Nor Aqila Azhar dan Marlia M. Hanafiah, sebagai penulis pertama kertas kerja tersebut. Kertas kerja penyelidikan dari persidangan ini akan dijemput untuk penerbitan dalam prosiding persidangan berindeks Scopus (Prosiding Persidangan Springer Nature: Prosiding Springer dalam Sains Bumi dan Alam Sekitar) dan Jurnal Perubahan Iklim dan Sains Angkasa, untuk memastikan penyelidikan yang dibentangkan meninggalkan kesan yang berkekalan kepada akademia global serta pengetahuan berkaitan iklim dan aplikasi teknikal.