Sambutan Hari Antartika 2025 Peringkat Kebangsaan
01/12/2025
Bersempena Hari Antartika 2025 yang bertemakan "Antarctica Connect: Youth for the Poles" pada 1 Disember, Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Pusat Strategi, telah mengadakan dua program berimpak tinggi iaitu:
Inisiatif ini dilaksanakan di sekitar kawasan UKM sebagai simbol komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan usaha global memperkukuh kesedaran mengenai perubahan iklim—selari dengan semangat Perjanjian Antartika yang menekankan keamanan, sains dan kelestarian bumi, sekaligus mengukuhkan penglibatan negara dalam kerjasama saintifik dan tadbir urus Antartika.
Program ini turut menjadi sebahagian daripada Sambutan Hari Antartika peringkat kebangsaan, yang dilaksanakan serentak di 12 universiti di seluruh Malaysia, dengan sokongan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan penyelarasan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM). Inisiatif ini menghimpunkan komuniti akademik dan golongan belia untuk memahami peranan Malaysia dalam penyelidikan kutub serta mengukuhkan pendidikan kelestarian dalam kampus.
Program ini melibatkan pelbagai pihak termasuk syarikat swasta, NGO, Jabatan Pembangunan Prasarana UKM, kakitangan UKM dan pelajar daripada pelbagai persatuan dan kelab UKM, antaranya:
Terima kasih kepada semua yang turut serta menjayakan usaha hijau ini.
Bersama kita melangkah ke arah masa depan yang lebih lestari — dari Bumi tropika ke tanah ais Antartika.








