TAHNIAH ATAS KEJAYAAN CEMERLANG DALAM ANUGERAH BITARA UKM KE-11 (PENILAIAN 2025)
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta warga akademik dan penyelidik IPI atas kejayaan meraih pengiktirafan berprestij sempena Anugerah Bitara UKM Ke-11 (Penilaian 2025).
Institut Perubahan Iklim (IPI), UKM
Dr. Siti Aminah Bahari
Pegawai Penyelidik, Institut Perubahan Iklim, UKM
Prof. Madya Dr. Zaini Sakawi
Mantan Pengarah Institut Perubahan Iklim, UKM
Kejayaan ini merupakan manifestasi kecemerlangan, dedikasi dan komitmen berterusan warga IPI dalam memperkasakan penyelidikan, inovasi, kelestarian serta pembangunan ilmu pengetahuan yang berimpak tinggi.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga IPI untuk terus melakar kejayaan, memperkukuh budaya kecemerlangan dan menyumbang kepada kegemilangan UKM di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah! 

