Semangat kelestarian alam sekitar terus disemarakkan apabila seramai 100 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berganding bahu menjayakan aktiviti Green Footprints dan Growing Green sempena Sambutan Hari Antartika Peringkat Kebangsaan 2026 yang bertemakan โYouth Power, Cooler Futureโ.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Prof. Dr. Mohd Talib Latif, Pengarah IPI UKM, yang berkongsi kepentingan Antartika dalam sistem iklim global serta hubung kaitnya dengan perubahan iklim di Malaysia.
Melalui aktiviti ini, para pelajar didedahkan kepada kepentingan amalan harian yang lebih lestari dalam usaha mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Setiap tindakan kecil mampu membawa perubahan positif demi masa depan bumi.
Para peserta turut berganding bahu dalam aktiviti penanaman pokok bagi menghijaukan kawasan kampus, sekali gus memupuk kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem.
IPI UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) atas sokongan dana yang disalurkan melalui Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM).
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Pusat Strategi UKM, semua kelab dan persatuan yang terlibat, para peserta serta seluruh urus setia atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Semoga inisiatif ini terus menyemarakkan semangat kesukarelawanan, memperkukuh kesedaran terhadap perubahan iklim dan memperkasakan peranan generasi muda sebagai ejen perubahan demi masa depan yang lebih hijau dan mampan.