Program Sains dan Alam Sekitar Dekat di Hati, SENTOH
11/07/2025
Science and Environment Near to Heart (SENTOH) IPI merupakan program yang menekankan elemen kesegeraan bertindak dalam menangani impak perubahan iklim, digerakkan oleh Pusat Pengurusan Alam Sekitar (EMC).
Siri SENTOH kali ini menyasarkan penyertaan warga Institut Perubahan Iklim. Program ini merangkumi pelbagai aktiviti alam sekitar yang menarik, antaranya Eco-Routine Tree: MyGreen Print, Environmental Charade, Trash Sort Relay Race dan Itu ke Ini?, dengan tujuan menilai tahap pengetahuan peserta tentang alam sekitar dan perubahan iklim. SENTOH dilaksanakan dalam tempoh setengah hari, bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.



















