IPI UKM SEMAI KESEDARAN IKLIM MELALUI PROGRAM “FROM ANTARCTICA TO CLASSROOM”

📅 15 Oktober 2026
📍 SMK Bandar Seri Putra, Selangor

Institut Perubahan Iklim (IPI), UKM telah menjayakan program “From Antarctica to Classroom” bersempena Sambutan Hari Antartika Peringkat Kebangsaan 2026 bertemakan “Youth Power, Cooler Future”, anjuran Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM).

Program yang dikendalikan oleh Ts. Dr. Noorashikin Md Noor, Pensyarah IPI UKM, melibatkan 100 pelajar Tingkatan 4 bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan Antartika, perubahan iklim dan kesannya terhadap Malaysia.

🌱 Pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan termasuk pembelajaran hands-on, kuiz interaktif dan Sustainability and Climate Action Mission (SCAM) @UKM bagi menggalakkan generasi muda menjadi agen perubahan ke arah kelestarian alam sekitar.

🌏 From Antarctica to Classroom, From Awareness to Action!

🌱 Small Actions, Big Impact!