Pengumpulan Fabrik: Kurangkan Beban, Tingkatkan Keberkatan
Pusat Pengurusan Alam Sekitar (EMC) dengan kerjasama Pusat Islam UKM dan Kelab Warga Institut Perubahan Iklim (KWIPI) akan mengadakan aktiviti Pengumpulan Fabrik: Kurangkan Beban, Tingkatkan Keberkatan. Sehubungan dengan itu, kami menyeru kepada semua warga UKM Bangi untuk bersama-sama menyumbang pakaian, kasut dan aksesori yang tidak digunakan lagi untuk tujuan amal ini. Setiap sumbangan anda sangat dihargai dan akan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
Tarikh: 23/1, 30/1, 6/2, 13/2 & 20/2 (setiap hari Khamis)
Masa: 9.00 am – 4.00 pm
Tempat: Pusat Pencerapan Bumi (EOC)
Bersama-sama kita lakukan perubahan untuk esok yang lebih hijau !
#sayonarabajulama #kurangkansisatekstil