Pertandingan Mencipta Logo IPI

? PERTANDINGAN CIPTA LOGO IPI UKM 2025 ?

Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjemput semua staf dan pelajar UKM untuk menyertai pertandingan ciptaan logo baharu IPI!

? Tempoh Pertandingan: 24 November – 15 Disember 2025
? Hadiah Johan: RM300 + Sijil Penghargaan

? Objektif:
Mencipta logo yang menggambarkan identiti IPI sebagai pusat penyelidikan utama dalam bidang perubahan iklim, sains angkasa, geospatial serta pengurusan alam sekitar, berteraskan nilai inovasi, kelestarian & kepakaran multidisiplin.

? Syarat Pertandingan:
1️⃣ Terbuka kepada: Staf & pelajar UKM
2️⃣ Tempoh penyertaan: 24 November – 15 Disember 2025
3️⃣ Reka bentuk logo hendaklah:
– Maksimum 4 warna utama (WAJIB ada Sky Blue – kod warna 8CBED6)
– Melambangkan visi & misi IPI
– Disertakan penerangan logo (maksimum 150 patah perkataan)
– Hasil asal & dalam format digital (AI/VECTOR & PDF)
– Saiz logo: A4 (maks. 210mm x 250mm)
– Dihasilkan menggunakan Adobe Illustrator (AI)
4️⃣ Logo mestilah asli & belum pernah digunakan/disertai dalam pertandingan lain
5️⃣ Hakcipta logo terpilih menjadi milik IPI
6️⃣ Pihak penganjur berhak membuat pengubahsuaian untuk kegunaan rasmi IPI

? Cara Penyertaan:
Guna email rasmi UKM untuk penghantaran logo & penerangan dalam satu e-mel ke:
✉️ promosi_ipi@ukm.edu.my

Subjek: Pertandingan Cipta Logo IPI 2025 – [Nama Peserta]
? Tarikh tutup: 15 Disember 2025 (11.59 malam)

? Penilaian Berdasarkan:
– Kreativiti & keaslian idea – 30%
– Relevan dengan misi & visi IPI – 30%
– Keindahan visual & keseragaman warna – 20%
– Keberkesanan penyampaian mesej logo – 20%

? Maklumat lanjut:
https://www.ukm.my/ipi/
? promosi_ipi@ukm.edu.my

? Sertai sekarang & tonjolkan kreativiti anda demi wajah baharu IPI UKM! ✨

Syarat- Syarat Pertandingan Mencipta Logo IPI 2025