Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Wan Shafrina Wan Mohd Jaafar, Ketua Pusat Pencerapan Bumi, Institut Perubahan Iklim (IPI), UKM atas jemputan sebagai penceramah serta penerimaan tajaan penuh daripada The Royal Society untuk menghadiri Mesyuarat Saintifik “Safeguarding Anthropocene Tropical Forests”.
Mesyuarat saintifik tersebut akan berlangsung pada 5–6 Oktober 2026 di London, United Kingdom, menghimpunkan kepakaran dan perbincangan berkaitan pemeliharaan hutan tropika dalam era Anthropocene.
Semoga penyertaan ini dapat memperluas jaringan antarabangsa serta memperkukuh sumbangan IPI dan UKM dalam penyelidikan hutan tropika, perubahan iklim dan kelestarian alam sekitar. 
Syabas dan tahniah!
