TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MEMPEROLEH BIASISWA MALAYSIA INTERNATIONAL SCHOLARSHIP (MIS)

Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Mohammad Anisuzzaman, pelajar Doktor Falsafah (PhD) di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Mohammad Rashed Iqbal Faruque, atas kejayaan memperoleh biasiswa Malaysia International Scholarship (MIS) daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Biasiswa ini dianugerahkan bagi tempoh 36 bulan (3 tahun) dalam bidang Kejuruteraan, Pembuatan dan Pembinaan.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta mencerminkan kecemerlangan akademik dan potensi penyelidikan di IPI, UKM.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih cemerlang dalam bidang akademik dan penyelidikan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ilmu pengetahuan dan inovasi pada peringkat global.
Syabas dan tahniah daripada seluruh warga IPI, UKM!