TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI JAWATANKUASA AKADEMI SAINS MALAYSIA

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Mohd Talib Latif, Pengarah Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurangan Risiko Bencana oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) bagi tempoh 1 Oktober 2026 hingga Julai 2028.
Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran, kepimpinan dan sumbangan beliau dalam bidang perubahan iklim serta kelestarian alam sekitar, sekali gus mengukuhkan peranan pakar akademik dalam menyokong pembangunan dasar dan strategi pengurangan risiko bencana di peringkat kebangsaan.
Seluruh warga IPI merakamkan ucapan tahniah dan mendoakan agar amanah ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang serta terus menyumbang kepada kemajuan sains, kesejahteraan masyarakat dan kelestarian negara.
Syabas dan tahniah!