TAHNIAH ATAS PEMILIHAN KE ASEAN ONE HEALTH CLIMATE FELLOWSHIP 2026!

Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ts. Dr. Noorashikin Md. Noor, Felo Penyelidik IPI, atas kejayaan terpilih menyertai ASEAN One Health Climate Fellowship 2026 di Southeast Asian Regional Center for Graduate Study and Research in Agriculture (SEARCA), Laguna, Filipina, dengan tajaan ASEAN–UK HSP Programme.
📅 Tempoh: November 2026 – Mac 2027
🔬 Tajuk Projek: “Strengthening the Integration of One Health and Climate Resilience Perspectives into Relevant Capacity Development Initiatives”
Semoga pencapaian ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan penyelidikan dan menyumbang kepada pembangunan komuniti yang lebih sihat, mampan serta berdaya tahan terhadap perubahan iklim.
💐 Syabas dan tahniah daripada seluruh warga IPI, UKM!