Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Saudara Navaniswaran A/L Tharumen, pelajar Sarjana Institut Perubahan Iklim (IPI), UKM di bawah seliaan Dr. Kuhan Chandru, atas kejayaan terpilih menyertai Program MADANI Fellowship 2026 yang berlangsung di Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Putrajaya, bagi tempoh 30 September 2026 hingga 27 Januari 2027.
Pencapaian ini merupakan satu kebanggaan buat IPI, sekali gus membuka peluang kepada beliau untuk memperoleh pengalaman profesional, memperluas jaringan kerjasama serta meningkatkan kefahaman mengenai dasar dan pelaksanaan inisiatif strategik di peringkat kementerian.
Semoga peluang berharga ini dimanfaatkan sebaiknya dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik serta pembangunan kerjaya pada masa hadapan.
Syabas dan tahniah! 

