TAHNIAH ATAS PENERIMAAN DANA LUAR (ANTARABANGSA)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Siti Aminah Bahari, Pegawai Penyelidik, Institut Perubahan Iklim (IPI), UKM atas kejayaan memperoleh Dana Luar (Antarabangsa) berjumlah RM12,000 (USD3,000) daripada Scientific Committee on Solar-Terrestrial Physics (SCOSTEP).
Dana ini diperoleh bagi projek penyelidikan bertajuk “Development for the Joint Spatio-Temporal Ionospheric Mapping Initiative (JSTIMI) Collaboration Program for Regional Space Situational Awareness (SSA) in the Southeast Asian Sector.”
Semoga kejayaan ini terus memperkukuh kecemerlangan penyelidikan dan jaringan kerjasama antarabangsa IPI, khususnya dalam bidang sains angkasa dan pemantauan ionosfera di rantau Asia Tenggara.
Syabas dan tahniah! 🎊