Tahniah! Ketua Baharu Pusat Sains Angkasa
Seluruh warga Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Ts. Dr. Norsuzlin Mohd Sahar atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pusat Sains Angkasa, IPI.
IPI percaya bahawa dengan pengalaman, kepakaran dan komitmen tinggi yang dimiliki, beliau akan terus memacu kecemerlangan penyelidikan serta memperkukuh bidang sains angkasa di peringkat nasional dan antarabangsa.
Semoga Ts. Dr. Norsuzlin Mohd Sahar terus diberi kekuatan, ilham dan kejayaan berterusan dalam memimpin serta mengharumkan nama Institut Perubahan Iklim dan Universiti Kebangsaan Malaysia di persada antarabangsa.
SYABAS DAN TAHNIAH!
