Tahniah! Pelantikan Baharu Ketua Jaminan Kualiti IPI

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ts. Dr. Noorashikin Md Noor atas pelantikan sebagai Ketua Jaminan Kualiti, Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pelantikan ini menzahirkan keyakinan terhadap kepimpinan dan dedikasi beliau dalam memperkukuh sistem jaminan kualiti serta mempertingkat kecekapan pengurusan di Institut. Semoga terus sukses dalam menggalas amanah ini dan meneruskan kecemerlangan Institut Perubahan Iklim di peringkat nasional dan antarabangsa.
TAHNIAH!!